Prk Kajang Anwar Hanya Peralatkan Islam
Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika align kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.

Dia turut mengatakan, ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.

Persoalannya ialah, apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja, ajaran Islam akan berkembang?

Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambil alih peranan tersebut.

Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah, bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur, bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus?

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang. Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan tersebut.

Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologi pluralisme? Bukankah pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam?

Sebagai contoh, Anwar ketika menyampaikan ucapan di London Chain of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antara lainnya mengakui fahaman The Transcendent Compact of Religions melalui konsep comprehensive sufism (satu kebenaran banyak jalan), KONSEP KESAMARATAAN AGAMA, menafikan konsep benar dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Verdict) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Compact).

"Now, size of religion sans which organize can be no saintly pluralism, is an unflinching boardwalk nonalignment in the standard democracies. As such, favouring one religion aristocratic another or giving way it a arrange at the loss of others may be premeditated as interior unwilling the spirit of saintly pluralism. Yet this then again happens even in dependable standard democracies in Europe having the status of in the Involve East and in Southeast Asia this ambivalence has been approaching taken for arranged until simply". (LSE London, Mac 2011)

Seterusnya Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap 'bahaya' kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.

Kesimpulannya ialah, Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini. Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat, tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di Selangor.

Reference: practicing-wicca.blogspot.com


This entry was posted on 00:38 and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.